Workshop Photoshop CS4 Dalam Senibina Landskap; Mencipta Pelan Landskap dan Gambaran Perspektif Dengan Teknik Collage / Montage
Adobe Photoshop merupakan satu aplikasi tercanggih dan popular ketika ini yang khusus untuk menyunting dan memanipulasi imej (image-editing). Program aplikasi ini banyak membantu para professional dalam dunia rekabentuk terutama kepada mereka yang terlibat dalam Senibina Landskap. Dalam menghasilkan suatu cadangan rekabentuk, pengunaan aplikasi Adobe Photoshop sudah tidak asing lagi dalam membantu menghasilkan sebuah penyampaian visual yang berkesan, cepat dan mudah difahami.
Teknik collage atau montage sering digunakan sebagai salah satu alat membantu dalam mencadangkan suatu rekabentuk. Kerapkali mereka yang menggunakan teknik ini dapat meyakinkan klien disebabkan gambaran sebenar cadangan pembangunan dapat ditunjukkan dengan grafik yang bermutu dan berkualiti.
Kemahiran menghasilkan plan dan gambaran perspektif dalam bentuk collage dan montage memerlukan kemahiran teknikal dan seni yang tinggi dalam menghasilkan persembahan grafik yang bermutu. Teknik collage dan montage merupakan kemahiran seni yang memerlukan pembelajaran secara tutorial daripada guru yang terlatih dan pakar dalam persembahan grafik.
Workshop ini akan memberi tunjuk ajar langkah demi langkah kepada peserta dalam memantapkan persembahan rekabentuk grafik dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop.
Di akhir workshop, para peserta akan dapat memahami teknik bekerja dengan Photoshop dan mengetahui rahsia bagaimana untuk menghasilkan persembahan grafik sama ada pelan atau gambaran perspektif secara collage dan montage.
Objektif Workshop
- Meningkatkan pemahaman peserta tentang aplikasi Adobe Photoshop CS4 dalam rekabentuk pembangunan landskap
- Membantu peserta dalam mempelajari teknik collage / montage dalam komunikasi visual
- Mempelajari teknik berkesan penggunaan Adobe Photoshop dalam membuat rekabentuk dan cadangan pembangunan landskap.
- Mempelajari teknik rendering Photoshop dalam penghasilan Pelan Landskap
Siapa Perlu Hadir?
Perunding Landskap, Arkitek Landskap, Pembantu Arkitek Landskap, Juruteknik Landskap, Perekabentuk, Pelukis Pelan, atau mereka yang telibat secara langsung dalam membuat rekabentuk pembangunan terutama yang berkaitan dengan Senibina Landskap.
Workshop ini terbuka kepada individu, syarikat swasta, Pihak Berkuasa Tempatan atau agensi kerajaan.
Bayaran Penyertaan Workshop

Modul Workshop
Para peserta workshop akan dibekalkan dengan Nota dan pendrive yang mengandungi imej dan contoh gambar softscape, pokok, shrubs dan material binaan yang boleh digunakan untuk membantu membuat persembahan grafik.
Perserta workshop secara automatik akan menjadi ahli forum dan akan mendapat bantuan teknikal selepas menghadiri latihan.
Peserta workshop yang berjaya menamatkan kursus akan diberikan Sijil Penyertaan.
| 8.00pg – 10.30pg |
| Mengenali Adobe Photoshop CS4 |
| Operasi Dasar Photoshop CS4 |
| Menggunakan Tools |
| Totorial 1 |
| 10.30pg – 11.00pg |
| Minum Pagi |
| 11.00pg – 1.00 tgh |
| Penggunaan Adobe Photoshop dalam Rekabentuk Landskap |
| Teknik Rendering Plan AutoCad dalam Adobe Photoshop
Importing PDF Linework From AutoCad to Photoshop |
| 1.00thg – 2.30ptg |
| Makan Tengahari dan Solat Zohor |
| 2.30ptg – 6.00ptg |
| Mencipta gambar perspektif dengan Teknik Collage / Montage |
| Tutorial 2 |
| 6.00ptg – 6.30ptg |
| Minum Petang dan Bersurai |
Workshop ini diadakan sepanjang tahun 2010 dan penyertaan adalah terbuka kepada mereka yang berminat. Workshop terhad kepada maksimum 20 peserta dalam satu-satu masa. Pendaftaran awal adalah dialu-alukan. Workshop diadakan di Pusat Latihan Komputer UrbanHeadline Sdn. Bhd.
Contoh Teknik Collage / Montage



Sebelum

Selepas

Jangkamasa workshop adalah selama satu hari bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang.
Tarikh workshop bagi Adobe Photoshop CS 4 for Landscape Architecture: Create a Photoshop Plan & Perspective Collage / Montage yang diadakan di Pusat Latihan UrbanHeadline Sdn Bhd untuk sepanjang tahun 2010 boleh dilihat di sini.
Pra-Pendaftaran Workshop
Sila lengkapkan borang pra-pendaftaran, pihak kami akan menghubungi anda untuk memaklumkan status permohonan penyertaan anda.
Pendaftaran telah dibuka! Daftar hari ini sementara masih ada kekosongan. Tawaran yuran penyertaan paling rendah di pasaran.
Anda boleh download brochures di sini






Setiap perserta workshop juga secara automatik menjadi ahli forum UrbanHeadline Sdn. Bhd. di mana anda akan mendapat bantuan teknikal secara berterusan selepas menghadiri workshop. Sekiranya anda menghadapi masalah atau pertanyaan, bantuan teknikal dan sebagainya, kami akan menjadikan forum ini sebagai platform untuk anda menyalurkan pertanyaan secara online untuk memudahkan anda mengajukan sebarang persoalan dan menerima jawapan walau di mana juga anda berada. ICT Trainer kami akan memberikan jawapan dengan setiap soalan yang anda ajukan.


Anda mahu kami memberi latihan di tempat anda? Kami juga menawarkan workshop yang boleh diadakan di tempat pilihan anda. Sesuai untuk latihan komputer secara berkumpulan untuk organisasi swasta dan agensi kerajaan. Peserta workshop hanya terhad kepada seramai 20 orang sahaja. Kami memiliki notebook untuk latihan secara mobile, oleh itu, anda 
