Sempena musim cuti sekolah ini, kami menawarkan Workshop IT Pakej Cuti Sekolah untuk anak-anak anda. Workshop bermula dari 12 Mac 2011 sehingga 20 Mac 2011. Anak-anak anda akan mendapat latihan komputer yang mengandungi lima modul pembelajaran yang lengkap. Tempat adalah terhad. Setiap sesi, hanya terhad kepada 21 peserta workshop sahaja. Workshop ini diadakan agar anak-anak anda mendapat latihan awal tentang komputer. Workshop dirangka bersesuaian dengan umur anak-anak anda. Sesi pembelajaran adalah selama 20 jam dan diadakan setiap hari sepanjang cuti sekolah ini dengan empat sesi pembelajaran.
Jangan ketinggalan untuk mengikuti pakej khas ini dengan potongan harga sebanyak 50%. Isikan masa lapang anak anda dengan pembelajaran IT di musim cuti ini.

Modul Workshop IT Pakej Cuti Sekolah
- IT Basic Knowledge (Teori dan Latihan Praktikal)
- Computer Knowledge (Teori dan Latihan Praktikal)
- Microsoft PowerPoint (Teori)
- Microsoft Word (Teori dan Latihan Praktikal)
- Microsoft Excel (Teori)
Jangkamasa Workshop
Sesi pembelajaran adalah maksimum 20 jam. Workshop ini diadakan setiap hari bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 6.10 petang sepanjang musim cuti sekolah dengan waktu pembelajaran yang fleksible. Setiap hari terdapat empat (4) sesi waktu latihan. Anda boleh memilih jangkamasa workshop sehingga mencapai jumlah 20 jam.
| Dari 12 Mac 2011 Sehingga 20 Mac 2011 |
| SESI 1 : 9 pagi – 11 pagi |
| SESI 2 : 11.10 pagi – 1.10 tengahari |
| SESI 3 : 2.00 petang – 4.00 petang |
| SESI 4 : 4.10 petang – 6.10 petang |
Siapa Patut Hadir?
Workshop ini terbuka kepada pelajar sekolah bermula dari umur 6 tahun sehingga 17 tahun. kanak-kanak pra-sekolah, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Yuran Pendaftaran Workshop

Pakej yang memberikan nilai kepada wang anda. Potongan harga sebanyak 50% sempena musim cuti. Pembelajaran IT untuk tempoh masa 20 jam dan hanya RM 15 setiap jam. Sertai hari ini!
Sila semak tarikh workshop yang berkaitan sebelum mendaftar. Tarikh Workshop IT Pakej Cuti Sekolah adalah sebagaimana kalendar di bawah. Sesi pembelajaran adalah tertakluk kepada kekosongan. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tarikh dan waktu sesi pembelajaran. 




Setiap perserta workshop juga secara automatik menjadi ahli forum UrbanHeadline Sdn. Bhd. di mana anda akan mendapat bantuan teknikal secara berterusan selepas menghadiri workshop. Sekiranya anda menghadapi masalah atau pertanyaan, bantuan teknikal dan sebagainya, kami akan menjadikan forum ini sebagai platform untuk anda menyalurkan pertanyaan secara online untuk memudahkan anda mengajukan sebarang persoalan dan menerima jawapan walau di mana juga anda berada. ICT Trainer kami akan memberikan jawapan dengan setiap soalan yang anda ajukan.


Anda mahu kami memberi latihan di tempat anda? Kami juga menawarkan workshop yang boleh diadakan di tempat pilihan anda. Sesuai untuk latihan komputer secara berkumpulan untuk organisasi swasta dan agensi kerajaan. Peserta workshop hanya terhad kepada seramai 20 orang sahaja. Kami memiliki notebook untuk latihan secara mobile, oleh itu, anda 
