Pakej Microsoft Office
Ms Word + Ms PowerPoint + Ms Excel
Workshop ini memberikan penekanan kepada tiga aplikasi utama yang sering digunakan dalam Microsoft Office 2007 iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Perbezaan Ms Office berbanding versi yang terdahulu adalah dari segi antaramuka pengguna yang berbeza dengan Ms Office 2000 dan 2007.
Microsoft Word memberi pengetahuan asas yang amat berguna untuk para peserta mengetahui kaedah menghasilkan dokumen-dokumen seperti surat, memo, flyer, laporan, borang dan sebagainya. Microsoft Excel digunakan untuk pengiraan, laporan perancangan, penganalisaan data dalam pelbagai kaedah serta persembahan dalam bentuk grafik, carta, diagram dan banyak lagi. Microsoft Powerpoint merupakan perisian yang digunakan oleh kebanyakan profesional secara meluas dalam membuat persembahan dan pembentangan yang menarik dan dinamik.

Objektif Workshop
- Peserta workshop akan dapat memahami dengan lebih mendalam perbezaan antaramuka penggunaan Ms Office 2007 dalam Ms Word, Ms PowerPoint dan Ms Excel berbanding dengan versi terdahulu
- Memberikan pendedahan kepada peserta workshop berkaitan tips-tips penggunan Ms Word, Ms PowerPoint dan Ms Excel bagi menghasilkan segala bentuk dokumen yang dikehendaki untuk pelbagai keperluan.
- Dapat meningkatkan pengetahuan dan memaksimumkan penggunaan perisian Microsoft Office (Ms Word, Ms PowerPoint dan Ms Excel)
Siapa Patur Hadir?
Workshop ini amat sesuai kepada mereka yang berminat dan ingin mempertingkatkan lagi kemahiran menggunakan Microsoft Office 2007 (Ms Word, Ms PowerPoint dan Ms Excel). Terbuka kepada semua peringkat sama ada individu, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan dan agensi swasta. Kami menerima penyertaan dari orang perseorangan ataupun berkumpulan. Pendaftaran adalah terbuka!




Setiap perserta workshop juga secara automatik menjadi ahli forum UrbanHeadline Sdn. Bhd. di mana anda akan mendapat bantuan teknikal secara berterusan selepas menghadiri workshop. Sekiranya anda menghadapi masalah atau pertanyaan, bantuan teknikal dan sebagainya, kami akan menjadikan forum ini sebagai platform untuk anda menyalurkan pertanyaan secara online untuk memudahkan anda mengajukan sebarang persoalan dan menerima jawapan walau di mana juga anda berada. ICT Trainer kami akan memberikan jawapan dengan setiap soalan yang anda ajukan.


Anda mahu kami memberi latihan di tempat anda? Kami juga menawarkan workshop yang boleh diadakan di tempat pilihan anda. Sesuai untuk latihan komputer secara berkumpulan untuk organisasi swasta dan agensi kerajaan. Peserta workshop hanya terhad kepada seramai 20 orang sahaja. Kami memiliki notebook untuk latihan secara mobile, oleh itu, anda 
