Workshop Membina Blog Dengan WordPress

  • Bayaran Yuran Workshop / Kursus: RM 650

Belajar Membina Blog Dengan WordPress

Easily Create a Blog or Web Site with WordPress

Workshop ini akan mededahkan kepada anda bagaimana membangunkan blog persendirian, kedai internet, website perniagaan dengan hanya menggunakan WORDPRESS.

WordPress adalah salah satu aplikasi atau script berbasis web yang dapat anda gunakan untuk membangunkan sebuah website atau blog. WordPress digunakan oleh sebahagian besar pengguna web kerana instalasinya yang sangat mudah walaupun anda tidak tahu langsung berkaitan pengaturcaraan komputer.

Ryan Boren dan Matt Mullenweg adalah 2 tokoh disebalik pembangunan aplikasi WordPress. Mereka telah membangunkan projek ini sejak tahun 2004 yang mana pada masa itu dikenali sebagai B2 / Cafelog. Kemudian ditukar kepada nama WordPress sehingga sekarang.

Kebanyakan pakar internet marketing sangat menggalakkan kita untuk menggunakan aplikasi WordPress ini sebagai basis web atau blog engine, kerana kehebatan WordPress dalam bertarung di Search Engine (mesin pencarian) sudah terbukti dan tidak diragukan lagi.

Hal lain yang membuat WordPress ini sangat diminati adalah kerana WordPress ini boleh didapati secara percuma. Setiap orang dapat menginstall aplikasi WordPress ini dengan mudah tanpa harus mengeluarkan wang (jika anda berdaftar di wordpress.com). Disamping itu support sistemnya sangat mantap.

Nampaknya Team Supportnya sangat serius untuk memantapkan WordPress sama ada dalam aspek penampilan yang menarik, kecanggihan sistem operasinya dan kemudahan untuk para penggunanya. Pada ketika WordPress telah mengeluarkan versi terbarunya iaitu WordPress 2.9.2.

WordPress dapat digunakan untuk berbagai keperluan sama ada dari blog persendirian yang mudah sehinggalah website syarikat korporat.

Bagi anda yang ingin membuat blog percuma dengan nama domain “namaanda.wordpress.com”, anda boleh sign up atau mendaftar di halaman webnya iaitu http://wordpress.com. Dan jika anda ingin mendownload script wordpress untuk diinstall pada website dengan domain dan hosting sendiri, anda boleh mendownloadnya di http://wordpress.org.

Bagi workshop ini, anda akan diajar untuk menggunakan WordPress dengan hosting sendiri dengan nama domain “namadomainanda.com”. Di akhir workshop, anda akan memiliki sendiri blog atau web perniagaan.

Kami akan menunjukkan langkah-demi-langkah bagaimana cara paling mudah membangunkan blog menggunakan WordPress. Mengapa WordPress dan bukannya Blogspot.com? Ada beberapa pertimbangan tertentu kenapa kami memilih WordPress. Berikut adalah asas pertimbangan tersebut;

  1. WordPress boleh digunakan dengan mudah oleh orang awam dan para developer tanpa perlu pengetahuan pengaturcaraan yang rumit dan sulit.
  2. WordPress boleh diinstall ke dalam server kita sendiri (offline).
  3. WordPress juga menyediakan perkhidmatan server percuma (wordpress.com) apabila kita tidak mempunyai server atau web hosting.
  4. WordPress mempunyai banyak theme / tema yang menawan yang boleh dipakai untuk mengubah penampilan blog anda.
  5. WordPress mempunyai banyak plug-in percuma yang boleh digunakan untuk melengkapkan blog seperti blog profesional, statistik, kalendar, hit counter, snap dan sebagainya (terdapat lebih 5 juta plug-in percuma yang telah dibangunkan).
  6. WordPress memiliki built-in Rich Text Editor sehingga kita mampu membuat sebuah blog semudah seperti menggunakan MS Word.
  7. WordPress dilengkapi dengan fasiliti Spell-Check untuk membantu kita menulis dalam Bahasa Inggeris
  8. WordPress mempunyai fitur anti-spam yang berfungsi untuk mencegah orang lain menulis komentar yang berbau promosi, pornografi, dan lainnya di ruangan “Comment”.
  9. Apabila anda sudah memiliki blog dengan Blogger.com, TypePad, LiveJournal atau lainnya, anda boleh memindahkan isi blog tersebut ke dalam blog WordPress yang baru dengan selengkapnya beserta sekali dengan komentar.
  10. WordPress akan mencatat komentar baru yang masuk ke dalam blog anda. Anda sebagai ‘admin’ boleh memilih untuk menyiarkan komentar tersebut di online, membuat editing, atau membuangnya.
  11. WordPress mampu mengaplikasikan RSS Feed (kaedah yang memungkinkan para pembaca blog anda mengakses informasi dengan pantas) dan juga mengetahui bilangan pembaca setia yang telah mengunjungi blog anda.
  12. WordPress mengizinkan anda membuat sebuah blog / website seperti anda seorang pakar dalam pengaturcaraan komputer dan anda juga mampu unutk membangunkan blog komuniti.

Pendek kata, WordPress ialah apa yang anda perlukan apabila inginkan sebuah blog atau mahu menjalankan perniagaan internet!

Kelebihan WordPress

  1. SEO Friendly, blog wordpress sangat cepat di index oleh search engine.
  2. Fasiliti Auto Ping, mengirimkan ping ke website listing blog yang terkenal.
  3. Tackback/pingback, jika ada salah satu artikel yang memakai resource dari blog anda dan mencantumkan linknya maka akan secara terus mengirim ping balik ke artikel anda.
  4. Plugin yang banyak, hampir mirip dengan browser Mozilla Firefox yang memiliki banyak plug-in yang sangat berguna (terdapat lebih 5 juta plugin percuma, tetapi awas tidak semua boleh dipercayai).
  5. Tema yang SEO friendly, ribuan themes / template yang tersedia di internet dan anda boleh gunakan dan memodifikasinya sesuai dengan citarasa anda.

Workshop Membina Blog Dengan WordPress terbahagi kepada 2 bahagian;

Bahagian 1: Merangkumi pengenalan kepada WordPress dan teori tentang blogging
Bahagia 2: Merangkumi latihan praktikal dan amali oleh peserta kursus dengan mencuba sendiri membina blog secara online menggunakan template yang diberi

WordPress Bukan Sekadar BLOG

Modul Workshop

Bahagian 1: Teori Dan Pengenalan WordPress

Dalam bahagian 1, peserta workshop akan didedahkan dengan WordPress, mempelajari apa itu WordPress. Memahami bahagian-bahagian penting dan anatomi dalam WordPress.

Pengenalan Kepada WordPress
Mengenal Blog Web Hosting Dengan WordPress.org
Apa Itu WordPress? Memilih Dan Mendaftar Webhosting
Asas Blogging Menjana Pendapatan Dengan Blog
Anatomi Blog Bekerja Dengan Cpanel dan Install Scripts
Setting Up Blog WordPress
Mendaftar Nama Domain Transfer Fail Dengan FTP
Memahami Domain Name Uploading Fail template ke Hosting
Kos Domain Name Dan Hosting Memahami Diskspace dan Bandwith
Memilih Template Memindahkan Data Ke Hosting
Install WordPress
Setting Up MySQL Database Log In Ke Admin Panel
Uploading Fail WordPress Personalizing Blog Anda
Install Script Option Galore
Memahami Admin Panel Memantapkan Blog
Menulis Topik Dengan Kategori
Blogrolls Menguruskan Komentar Dan TrackBacks
Menguji Alamat Blog Post Memahami WordPress Themes
Memberikan Link Pada Tulisan Memahami Struktur Blog WordPress
Memahami RSS Feed Lima Asas Template Wajib Diketahui
Menguji Anatomi Template Tag
Memahami Empat Asas Template Memilih Dan Mencari Plugins
Customizing Blog Post Downloading Dan Uploading Plugins
Tags Sebagai Parameter Sidebar Mengurus Plugins
Bekerja Dengan Plugins Mencari Sumber Plugins
WordPress Sebagai CMS
Memahami Apa Itu CMS Meletakkan Keywords
Meletakkan Blog Pada Website Tajuk Memudahkan Pencarian SEO
Template Untuk Setiap Kategori Dalam Post Tips Menulis Isi Blog
Menggunakan Sidebar Templates Kategori Menarik Pencarian SEO
Mempromosi Blog
ALT Tag Untuk Gambar Mempromosi Online (ie. Google)
Isi Kandungan Blog 10 WordPress Themes Yang Popular
Memperluas Jaringan Blog 10 WordPress Plugins Yang Popular
Mempromosi Secara Offline 10 Rahsia Perlu Pada Blogger

Bahagian 2: Sesi Tutorial

Dalam sesi tutorial, peserta workshop akan mencuba sendiri membangunkan blog menggunakan template yang disediakan. Peserta boleh mencuba membangunkan blog persendirian, perniagaan, magazine dan kedai internet. Kesemua peserta akan dibekalkan dengan WordPress themes, hosting dan nama domain. Perkara-perkara di bawah akan disentuh secara tidak langsung semasa peserta workshop menjalani sesi tutorial tersebut.

Menulis Dan Mengurus Blog
Kotak Teks Judul Kotak Penyuntingan Teks
Memahami Fasiliti Lain Memperlebar Kotak Penyuntingan Teks
Bekerja Dengan Teks Format Teks Dan Paragraf Secara Visual
Menambah Tag Penyuntingan Teks Melalui KodHTML
Pengelolaan Tulisan Blog
Menyisip Gambar Membuat Tulisan Dan Halaman Baru
Memahami MyDashboard Melarang Komentar
Pengelolaan Dan Halaman Melihat Dan Memberi Komentar
Pengelolaan Komentar Halaman Pengelolaan Komentar
Merekabentuk Blog
Apa Itu BlogRoll? Pengaturan Theme
Pengelolaan BlogRoll Pengelolaan Widgets
Menambah Link Mengganti Gambar Header
Mengimport Link Menyunting CSS
Konfigurasi Blog
Konfigurasi Umum Konfigurasi Penampilan Penulisan
Konfigurasi Penulisan Meningkatkan Trafik Pengunjung
Konfigurasi Privasi Melihat Statistik Pengunjung
Konfigurasi Diskusi Mengamati Carian Pengunjung
Menjana Pendapatan Dengan Blog
Menyertai Program Affiliate Meningkatkan Trafik Pengunjung
Advertising Program Search Engine Optimization (SEO)
Bekerja Dengan Google Adsense Memanfaat Webmaster Tools
Bekerja Dengan Google Adwords Memanfaat Google Analytics

Sesi Tutorial?

Sebahagian daripada workshop akan diadakan juga 2 sesi tutorial bagaimana untuk membangunkan blog atau website anda sendiri. Kami akan tunjukkan kepada anda secara hands-on bagaimana untuk membangunkan blog wordpress dengan menggunakan template yang mantap dan ‘user friendly’, sesuai untuk sebarang blog persendirian dan juga sesuai untuk tujuan perniagaan online atau kedai internet.

Dalam sesi tutorial tersebut kami akan menggunakan 2 template yang berbentuk ‘Magazine/Blog WordPress Template’ dan ‘Business/Corporate WordPress Template’ . Pada sesi tutorial kali ini kami memilih untuk menggunakan kedua-dua template (theme) ini kerana ia amat sesuai untuk membangunkan blog untuk tujuan perniagaan online, kedai internet, blog peribadi, portolio, blog bergambar dan banyak lagi.

Pemilihan template wordpress bebeza dari semasa ke semasa mengikut permintaan. Terdapat beribu wordpress theme atau template yang boleh anda dapati. Dan setiap satunya mempunyai ‘customization’ yang berbeza mengikut kepada penciptanya (author). Tutorial ini merupakan langkah pertama anda untuk melakukan sendiri konfigurasi template wordpress yang lain di masa akan datang. Tutorial yang dapat memberi anda peluang untuk memahami dengan lebih mendalam bagaimana bekerja dengan WORDPRESS.

Kami amat berhati-hati dalam pemilihan template untuk tujuan tutorial. Ini kerana terdapat beribu-ribu template yang boleh anda download di internet. Hasil daripada pengalaman kami, kami hanya memilih template yang benar-benar mantap supaya anda tidak menghadapi sebarang masalah dikemudian hari kelak selain template ini mempunyai paparan yang menarik.

Template 1: WordPress Untuk Blog Magazine dan Blog Persendirian Bernilai RM 199

Template 2: WordPress Untuk Kedai Internet / Perniagaan Bernilai RM 125

Mengapa 2 Template Ini Digunakan Dalam Sesi Tutorial?

WordPress template ini baru sahaja dibangunkan dan terkini, dan merupakan template yang terkenal dan banyak digunakan oleh mereka yang professional dengan fitur yang menawan, menjadikan blog wordpress anda ‘outstanding’ di internet. Ianya dilengkapi dengan slideshow yang profesional dan anda boleh melakukan konfigurasi mengikut citarasa anda sendiri. Terdapat kemudahan ‘Admin Pages’ (jarang sekali template memiliki fitur ini) yang dapat membantu anda melakukan customization terhadap template wordpress dengan amat mudah dan cepat. Ianya amat bersesuaian sekiranya anda tidak mengetahui tentang coding atau pengaturcaraan CSS dan pHp. Salah satu template ini turut mengandungi 5 skins pelbagai warna yang boleh anda pilih.

Image slider pada halaman hadapan boleh diedit dan diubah tanpa menggunakan 3rd party softwares dan anda boleh lakukan sendiri dengan cepat dan mudah, anda juga boleh menambah bilangan slide atau mengurangkannya. Admin pages akan memberi anda peluang mengubah cara penampilan image slider tanpa proses editing yang rumit. Sekiranya anda tidak mahu penampilan dengan image slider, anda boleh menukarkannya dengan ‘fading image slider’ dan gunakan sebagai penampilan slider anda yang utama. Ianya sesuai sekiranya komputer anda tidak support software flash.

Kami hanya menggunakan template yang benar-benar menjadi kepakaran kami sahaja dalam tutorial semasa mengendalikan workshop, supaya anda mendapat latihan yang sebenar bagaimana untuk melakukan customization ke atas template yang diberikan. Sertai Workshop Membina Blog dengan WordPress hari ini, dan kami akan menunjukkan anda langkah-demi-langkah membangunkan blog yang menawan dan outstanding di internet. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti tutorial bagaimana membangunkan blog dengan ‘Magazine/Blog WordPress Template’ dan ‘Corporate / Business WordPress Template’ ini, di masa akan datang kami akan menggunakan template yang lain pula. Satu-satunya workshop yang mengajar anda di hadapan komputer bagaimana untuk membangunkan blog WordPress supaya anda dapat mencuba sendiri dan mendapat input secara terus dari kami dan bukannya hanya sekadar teori.

Kami Hanya Memilih Template WordPress Yang Amat Stabil & User Friendly Sahaja!

Sekiranya anda mengupah perekabentuk laman web, mereka akan mengenakan bayaran beribu ringgit untuk satu laman web sahaja. Sedangkan anda mampu untuk membangunkan sendiri blog, website atau kedai online. Ramai orang tidak tahu membina laman web dengan WordPress, ia sebenarnya amat simple. Pelajarilah sendiri dengan hanya modal permulaan yang kecil, anda mampu untuk membina laman web yang tiada had selepas menghadiri workshop ini.

Objektif Workshop

  • Bagaimana bekerja dengan CPanel
  • Intallation WordPress menggunakan Simple Scripts
  • Bagaimana Upload template dan fail ke server menggunakan FTP
  • Bagaimana mencari dan install plugin
  • Menukar paparan template
  • Asas SEO (Search Engine Optimization)
  • Mendaftar adsense dan mendapat pendapatan dengan Adsense
  • Bagaimana untuk sertai program Affiliate
  • Bagaimana untuk mengenakan bayaran online
  • Siapa Patut Hadir?

    Anda bercita-cita memiliki blog atau kedai internet? Maka workshop ini sesuai untuk anda! Workshop ini terbuka kepada semua individu atau kumpulan yang ingin mempelajari bagaimana untuk merekabentuk laman web atau blog dengan menggunakan WordPress. Sesuai untuk suri rumah, pelajar lepasan SPM, pemilik syarikat atau sesiapa ingin mempelajari langkah demi langkah membina blog dengan WordPress atau bercita-cita untuk memiliki website perniagaan di internet atau mahu mendapatkan income secara online.
    Workshop ini terbuka kepada semua orang tidak kira anda mempunyai komputer atau tidak.

    Jangkamasa Masa Workshop

    Jangkamasa latihan adalah selama 10 jam bermula dari 8.00 pagi sehingga 6.30 petang.

    Pada penghujung workshop, peserta akan dapat menguasai bagaimana cara untuk membina blog atau laman web sendiri menggunakan WordPress.

    Yuran Pendafataran Workshop


    Di akhir workshop ini, peserta akan memiliki blog WordPress sendiri dengan Domain name perniagaan atau blog persendirian seperti www.namaperniagaananda.com

    Nota: Ini adalah workshop WordPress untuk beginners level.

    Bonus Tambahan!

    36 Professional WordPress Themes/Templates

    Sebagai bonus daripada kami, anda juga akan mendapat 36 Profesional WordPress Template/Theme yang menawan percuma. Hanya pilih senarai template yang diberikan dan anda berpeluang memilih template yang menepati citarasa anda. Setiap WordPress Template yang diberikan mempunyai keunikan tersendiri dan mempunyai ciri-ciri grafik yang profesional, amat sesuai untuk membangunkan blog persendirian, perniagaan dan portfolio. Serlahkan ketrampilan anda dengan WordPress Template yang profesional.

    BERNILAI RM 755 PERCUMA

    WebHosting Dan Domain Name Bernilai RM 199

    Anda akan mendapat langganan WebHosting dan nama Domain untuk blog atau kedai online anda PERCUMA!. Langganan adalah untuk tempoh setahun. Di akhir workshop WordPress yang akan anda sertai, anda akan berpeluang memiliki sendiri website atau blog yang mempunyai nama domain yang anda inginkan. Dalam sesi tutorial, anda akan dilatih untuk mencipta web site dengan hosting anda sendiri yang telah tersedia untuk anda cuba. Oleh itu, anda akan mempelajari membina website atau blog WordPress secara online dan bukan hanya sekadar tutorial. Semasa pendaftaran, anda diminta untuk memilih terlebih dahulu nama Domain. Kami akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk menggunakan CPanel di web hosting anda.

    BERNILAI RM 199 PERCUMA

    Antara ciri-ciri web hosting yang bakal anda miliki ialah;

    Storage 10 GB
    Bandwith 50 GB
    Free Domain Yes
    Add-On Domain 5 domain
    Email Accounts Unlimited
    cPanel Yes
    WordPress Themes Yes
    Hosting Duration 1 Year

    +100 Professional Web Icons

    Sebagai bonus tambahan, anda juga akan mendapat lebih seratus koleksi professional web icons benilai lebih RM 200 ini PERCUMA!. Web Icons ini tersedia untuk anda gunakan dalam website perniagaan atau blog anda. Daftar hari ini selagi bonus ini diberikan secara percuma.

    BERNILAI +RM 200 PERCUMA

    Daftar Hari Ini!

    Tarikh Workshop
    Ahad, 13 Jun 2010 Penuh / Penyertaan Ditutup
    Rabu, 23 Jun 2010 Penuh / Penyertaan Ditutup
    Ahad, 27 Jun 2010 Penuh / Penyertaan Ditutup
    Rabu, 7 Julai 2010 Penuh / Penyertaan Ditutup
    Ahad, 11 Julai 2010 Penuh / Penyertaan Ditutup
    Rabu, 21 Julai 2010 Penuh / Penyertaan Ditutup
    Ahad 25 Julai 2010 Penuh / Penyertaan Ditutup
    Rabu 4 Ogos 2010 Penuh / Penyertaan Ditutup
    Ahad 8 Ogos 2010 Penuh / Penyertaan Ditutup
    Rabu 18 Ogos 2010 Pendaftaran Dibuka

    Yuran Penyertaan Terendah dengan Bonus Yang Tidak Ternilai!

    Kesemua BONUS yang ditawarkan bernilai lebih RM 1500 diberikan percuma. Anda akan memiliki sendiri website dan blog yang anda idamkan dengan hanya sekali yuran pendaftaran. Workshop komputer di UrbanHeadline Sdn. Bhd. bukan sekadar kursus teori malahan anda mampu membina sendiri website perniagaan atau blog persendirian. Kami akan tunjukkan langkah demi langkah membina blog/kedai internet dengan WordPress. Pelajari rahsia WordPress hari ini!

    Sila semak tarikh workshop yang berkaitan sebelum mendaftar. Tarikh Workshop Membina Blog Dengan Wordpress adalah sebagaimana kalendar di bawah;
    Apa Yang Anda Perolehi?

  • 1. Modul Dan Nota Workshop (Untuk semua workshop)
  • Setiap peserta workshop yang menghadiri latihan di Pusat Latihan Komputer UrbanHeadline Sdn. Bhd., akan dibekalkan dengan nota lengkap sebagai panduan semasa mengikuti latihan dan juga boleh digunakan sebagai rujukan selepas workshop. Nota dan modul workshop yang disediakan bergantung kepada jenis latihan yang anda hadiri.

  • 2. Pen Drive (Hanya untuk workshop terpilih)
  • Sebagai bonus penyertaan, anda juga akan mendapat satu pendrive yang mengandungi salinan fail dalam bentuk softcopy nota, salinan fail-fail grafik dan sebagainya mengikut workshop yang anda hadiri. Ianya memudahkan anda untuk menyimpan segala nota atau fail-fail berkaitan workshop. Pen drive ini hanya diberikan untuk workshop dan kursus yang terpilih sahaja.

  • 3. Menjadi Ahli Forum (Untuk semua workshop)
  • Setiap perserta workshop juga secara automatik menjadi ahli forum UrbanHeadline Sdn. Bhd. di mana anda akan mendapat bantuan teknikal secara berterusan selepas menghadiri workshop. Sekiranya anda menghadapi masalah atau pertanyaan, bantuan teknikal dan sebagainya, kami akan menjadikan forum ini sebagai platform untuk anda menyalurkan pertanyaan secara online untuk memudahkan anda mengajukan sebarang persoalan dan menerima jawapan walau di mana juga anda berada. ICT Trainer kami akan memberikan jawapan dengan setiap soalan yang anda ajukan.

  • 4. Sijil Penyertaan (Untuk semua workshop)

    Setiap workshop yang anda sertai di Pusat Latihan Komputer UrbanHeadline Sdn. Bhd., kami akan memberikan Sijil Penyertaan sebagai bukti penyertaan latihan anda bersama kami

  • 5. Jamuan Makan Disediakan (Hanya untuk workshop terpilih)
  • Bagi workshop yang diadakan dari jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang, kami menyediakan jamuan makan 4 kali iaitu sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang. Bagi workshop dan kursus separuh hari, jamuan makan hanya bagi sarapan pagi dan makan tengah hari sahaja.

    Sertai latihan komputer hari ini, kami menyediakan workshop dan latihan yang menepati keperluan kemahiran komputer anda dalam suasana pembelajaran yang selesa.

    Sukar Ke Lab Komputer Kami?
    Anda mahu kami memberi latihan di tempat anda? Kami juga menawarkan workshop yang boleh diadakan di tempat pilihan anda. Sesuai untuk latihan komputer secara berkumpulan untuk organisasi swasta dan agensi kerajaan. Peserta workshop hanya terhad kepada seramai 20 orang sahaja. Kami memiliki notebook untuk latihan secara mobile, oleh itu, anda tidak perlu membawa komputer ke tempat kursus lagi. Kemudahan laptop untuk latihan adalah tanggungjawap kami. Hubungi kami untuk maklumat lanjut!